Sunday, June 7, 2009

Tentang Tampon

Apakah itu tampon?
Tampon adalah sejenis alat yang digunakan oleh kaum wanita semasa haid sama ada yang telah berkahwin atau belum.

Sesiapa yang baru first time nak mencuba pakai tampon mesti ada rasa gementar. Perkara yang paling penting yang patut kita tahu kalau nak pakai tampon adalah cara-cara untuk pakai tampon yang betul dan jenis yang sesuai untuk kita. Pendek kata, kenali diri sendiri dulu.



Cara-cara memilih tampon
1.Sesiapa yang tak pernah mencuba, disarankan pilih yang jenis 'mini' atau 'regular'. Elakkan guna jenis yang 'super' atau 'heavy flow' untuk mengelakkan kejutan atau tekanan di dinding vagina.

2.Elakkan pilih tampon dari material yang 'super absorbent' untuk mengelakkan TSS.

3.Kalau boleh, pilih produk yang berjenama, atau yang mahal sikit. Sebab barang kita ni tak ada spare part tau..



Cara-cara menggunakannya...
Sebenarnya saya segan nak tulis cara penggunaan 'T' ni, tapi atas kesedaran untuk menyebarkan pengetahuan pada yang tak tahu, saya tebalkan muka jugaklah......

1.Mula-mula basuh tangan... ;)

2.Pastu kita bukak bungkusan dia... Biasanya 'T' tu dibungkus dengan plastik untuk melindungi produk dari tercemar dengan benda-benda kotor.'T' ada dua hujung, satu yang berbentuk bulat ala-ala parabola, satu hujung lagi bertali.

3.Duduk mencangkung, masukkan hujung yang bulat ke dalam vagina perlahan-lahan.
Pastikan perbuatan tu dibuat secara mancangkung dan jangan kemut ye!!! Ini untuk mengelakkan sindrom TSS.

4.Masukkan 'T' sehingga tak terasa apa-apa dalam 'anu' kita. Tapi jangan masukkan sekali dengan tali-tali tu, nanti kita nak keluarkan dia camana pulak kan?? Jangan masukkan ala kadar je, takut bibir vagina kita rasa terganggu. Bagi yang ber'dara' lagi tu, masukkan dalam sikit, lebih kurang 1inci. Dan jangan masukkan dalam sangat, nanti termasuk dalam rahim pulak :)

5.Biarkan tali tu. Kalau nak mandi kat pool, silakan... Tapi jaga-jaga ye tali tu, orang nampak, terbocor rahsia...hehe...

6.Basuh-basuh apa yang patut... Basuh tangan....

(digalakkan pakai pantiliner...)


Bila nak buang benda tu???
Kalau kita pakai masa 'penurunan banyak' , 'T' tu boleh dibuang selepas 3 hingga 4 jam dipakai.
Kalau so-so je, mungkin ia akan bertahan sehingga 6 jam. tapi jangan biarkan dia lebih daripada 8 jam. Yelah, wanita punya buangan tu berbakteria...

Cara-cara nak buang senang je, duduk macam masa nak pakai tadi, tarik tali perlahan-lahan sampai dia keluar dan jangan kemut tau. Dan buang benda tu macam kita buang tuala wanita.. Dan basuh apa-apa yang patut.....


Apa itu TSS??
TSS ialah Toxic Shock Syndrome. TSS ni terjadi bila kita pakai 'T' yang super serap atau super absorbent. TSS bukanlah 100% disebabkan 'T' tu ada bahan kimia ke, apa..

Saya tak tahu nak jelaskan dengan bahasa sains, sebab saya belum jumpa contoh lagi. Tapi apa yang saya faham ialah, bila kita pakai 'T' yang sangat menyerap cecair, dinding vagina kita juga akan kering. Jadi bila ia kering, dan kita tarik benda tu jugak, lapisan di dinding kita akan terkoyak dan terluka. Bila itu terjadi, teruklah.. Dah la tengah datang bulan... Benda kotor, ditambah dengan bendasing kat dalam tu. Agaknya apa akan jadi?? TSSlah...

Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik, barang kita ni tak ada gantinya tau.... jangan fikir nak senang je, pilih yang menyerap. Jangan...


Kalau dah kena TSS,apa akan jadi??
Kalau terpakai dan terbeli jenis yang super duper absorbent tu, atau yang tak pun, bila lepas habis period ada beberapa tanda-tanda berikut, cepat-cepat pergi jumpa doktor pakar sakit puan tau.
-demam
-cirit-birit
-muntah
-batuk
-pening kepala
-sakit sendi
-mata merah
-tekanan darah menurun
-kulit mengelupas di tapak tangan dan tapak kaki

Penghidap TSS berisiko untuk terkena jangkitan pada buah pinggang dan hati. Lebih teruk lagi, kematian.


Cara-cara mengelakkan TSS
-elakkan super absorbent tampon
-selangkan penggunaan tampon dan mini tuala wanita
-jangan biarkan tampon tu overnite selama 12 jam, tukar sebelum dan selepas bangun tidur
-tukar tampon secara berkala, seeloknya 4-5 jam sekali
-jangan bertukar tampon menerus, seeloknya pakai mini tuala wanita selama 1-2 jam dulu sebelum pakai untuk seterusnya

Kalau dah disahkan ada TSS oleh doktor, jangan pakai lagi,k.

p/s:~ tulisan di atas adalah 100% hasil terjemahan dan pengetahuan penulis. Jadi kalau ada apa-apa teguran, silalah tegur....saya budak baru belajar....hoho......

p/s/s:~ kalau nak gambar ke..apa-apa ke...sila guna enchek google yer....

Tuesday, March 24, 2009

Funny Animal Photoshopping

Funny animal photoshopping. Teknik photoshop yang digunakan tak ketara sangat. Jadi, ada di antara gambar-gambar di bawah ni nampak cam real je. Enjoy!!








































Cardboard Office

Semua perabot pejabat dibuat dari kadbod. Tak tahulah sebab nak jimat atau hobi semata-mata. Apa-apa pun, diorang tetap cool..


















Tuesday, March 17, 2009

Hhmm...politik...


Petikan dari akhbar Kosmo 17 Mac 2009;

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung selama setahun daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat ekoran kenyataan menghina dewan dan tuduhan membunuh yang dilemparkannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Gobind Singh.. itulah, kalau nak bercakap, fikir dulu. Karpal pernah cakap, 'Singh is king'. Agaknya sebab itulah si Gobind ni keluarkan kenyataan 'berani mati' macam tu. Lepas tu berani pula dakwa dia tak buat salah apa-apa. Kononnya 'dilindungi kekebalan ahli Parlimen'. Sekarang, bila dah digantung selama setahun, siapa nak jawab? Nak salahkan Yang Dipertua Dewan juga ke?

p/s:Saya bukan penyokong pihak kiri atau pihak kanan, cuma memberi pendapat je...

Politik...politik....

Wednesday, March 4, 2009

Wine Store




Tengoklah betapa orang putih taksub pada minuman beralkohol. Mungkin library untuk buku dah biasa orang buat, simpan wain pulak.

Ikan Lutsinar....
























































Ajaibnya kejadian Tuhan...