Sunday, June 7, 2009

Tentang Tampon

Apakah itu tampon?
Tampon adalah sejenis alat yang digunakan oleh kaum wanita semasa haid sama ada yang telah berkahwin atau belum.

Sesiapa yang baru first time nak mencuba pakai tampon mesti ada rasa gementar. Perkara yang paling penting yang patut kita tahu kalau nak pakai tampon adalah cara-cara untuk pakai tampon yang betul dan jenis yang sesuai untuk kita. Pendek kata, kenali diri sendiri dulu.



Cara-cara memilih tampon
1.Sesiapa yang tak pernah mencuba, disarankan pilih yang jenis 'mini' atau 'regular'. Elakkan guna jenis yang 'super' atau 'heavy flow' untuk mengelakkan kejutan atau tekanan di dinding vagina.

2.Elakkan pilih tampon dari material yang 'super absorbent' untuk mengelakkan TSS.

3.Kalau boleh, pilih produk yang berjenama, atau yang mahal sikit. Sebab barang kita ni tak ada spare part tau..



Cara-cara menggunakannya...
Sebenarnya saya segan nak tulis cara penggunaan 'T' ni, tapi atas kesedaran untuk menyebarkan pengetahuan pada yang tak tahu, saya tebalkan muka jugaklah......

1.Mula-mula basuh tangan... ;)

2.Pastu kita bukak bungkusan dia... Biasanya 'T' tu dibungkus dengan plastik untuk melindungi produk dari tercemar dengan benda-benda kotor.'T' ada dua hujung, satu yang berbentuk bulat ala-ala parabola, satu hujung lagi bertali.

3.Duduk mencangkung, masukkan hujung yang bulat ke dalam vagina perlahan-lahan.
Pastikan perbuatan tu dibuat secara mancangkung dan jangan kemut ye!!! Ini untuk mengelakkan sindrom TSS.

4.Masukkan 'T' sehingga tak terasa apa-apa dalam 'anu' kita. Tapi jangan masukkan sekali dengan tali-tali tu, nanti kita nak keluarkan dia camana pulak kan?? Jangan masukkan ala kadar je, takut bibir vagina kita rasa terganggu. Bagi yang ber'dara' lagi tu, masukkan dalam sikit, lebih kurang 1inci. Dan jangan masukkan dalam sangat, nanti termasuk dalam rahim pulak :)

5.Biarkan tali tu. Kalau nak mandi kat pool, silakan... Tapi jaga-jaga ye tali tu, orang nampak, terbocor rahsia...hehe...

6.Basuh-basuh apa yang patut... Basuh tangan....

(digalakkan pakai pantiliner...)


Bila nak buang benda tu???
Kalau kita pakai masa 'penurunan banyak' , 'T' tu boleh dibuang selepas 3 hingga 4 jam dipakai.
Kalau so-so je, mungkin ia akan bertahan sehingga 6 jam. tapi jangan biarkan dia lebih daripada 8 jam. Yelah, wanita punya buangan tu berbakteria...

Cara-cara nak buang senang je, duduk macam masa nak pakai tadi, tarik tali perlahan-lahan sampai dia keluar dan jangan kemut tau. Dan buang benda tu macam kita buang tuala wanita.. Dan basuh apa-apa yang patut.....


Apa itu TSS??
TSS ialah Toxic Shock Syndrome. TSS ni terjadi bila kita pakai 'T' yang super serap atau super absorbent. TSS bukanlah 100% disebabkan 'T' tu ada bahan kimia ke, apa..

Saya tak tahu nak jelaskan dengan bahasa sains, sebab saya belum jumpa contoh lagi. Tapi apa yang saya faham ialah, bila kita pakai 'T' yang sangat menyerap cecair, dinding vagina kita juga akan kering. Jadi bila ia kering, dan kita tarik benda tu jugak, lapisan di dinding kita akan terkoyak dan terluka. Bila itu terjadi, teruklah.. Dah la tengah datang bulan... Benda kotor, ditambah dengan bendasing kat dalam tu. Agaknya apa akan jadi?? TSSlah...

Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik, barang kita ni tak ada gantinya tau.... jangan fikir nak senang je, pilih yang menyerap. Jangan...


Kalau dah kena TSS,apa akan jadi??
Kalau terpakai dan terbeli jenis yang super duper absorbent tu, atau yang tak pun, bila lepas habis period ada beberapa tanda-tanda berikut, cepat-cepat pergi jumpa doktor pakar sakit puan tau.
-demam
-cirit-birit
-muntah
-batuk
-pening kepala
-sakit sendi
-mata merah
-tekanan darah menurun
-kulit mengelupas di tapak tangan dan tapak kaki

Penghidap TSS berisiko untuk terkena jangkitan pada buah pinggang dan hati. Lebih teruk lagi, kematian.


Cara-cara mengelakkan TSS
-elakkan super absorbent tampon
-selangkan penggunaan tampon dan mini tuala wanita
-jangan biarkan tampon tu overnite selama 12 jam, tukar sebelum dan selepas bangun tidur
-tukar tampon secara berkala, seeloknya 4-5 jam sekali
-jangan bertukar tampon menerus, seeloknya pakai mini tuala wanita selama 1-2 jam dulu sebelum pakai untuk seterusnya

Kalau dah disahkan ada TSS oleh doktor, jangan pakai lagi,k.

p/s:~ tulisan di atas adalah 100% hasil terjemahan dan pengetahuan penulis. Jadi kalau ada apa-apa teguran, silalah tegur....saya budak baru belajar....hoho......

p/s/s:~ kalau nak gambar ke..apa-apa ke...sila guna enchek google yer....

6 comments:

  1. Uik xtau plak sy selama ini pakai modes tu kna masukn dlm vagina...betul ka tu ooo...

    ReplyDelete
  2. Apa jenis pad yg ko pakai ni?

    ReplyDelete
  3. O ok tq infonya sy plak ni yg xtau ahaha...sdh sy critau psl tampon tu rupa dia mcmna...maaf ya..makasi

    ReplyDelete
  4. I know what it is. But for me, i choose using safely pad. Tampon...

    ReplyDelete
  5. Buka minda sikit boleh bagi yang komen tak cukup akal tu? Tampon memang tidak terkenal lagi di Malaysia tapi ia merupakan alat yang terbaik buat sesetengah orang. Saya dah guna tampon selama 5 tahun dan sejujurnya, saya takkan guna pad lagi selepas ini. Tiada spillage dekat panties, sangat selesa dipakai, tiada gangguan tidur pada waktu malam, senang untuk dicuci dan dibuang.

    I understand that some of you might feel uncomfortable using tampon because of the stigma and the possibility of tss. People are entitled to their own opinion. But do not belittle or patronize those who use it. Each menstrual sanitary item has its own pros and cons. Use the ones that you want.

    ReplyDelete
  6. Buka minda sikit boleh bagi yang komen tak cukup akal tu? Tampon memang tidak terkenal lagi di Malaysia tapi ia merupakan alat yang terbaik buat sesetengah orang. Saya dah guna tampon selama 5 tahun dan sejujurnya, saya takkan guna pad lagi selepas ini. Tiada spillage dekat panties, sangat selesa dipakai, tiada gangguan tidur pada waktu malam, senang untuk dicuci dan dibuang.

    I understand that some of you might feel uncomfortable using tampon because of the stigma and the possibility of tss. People are entitled to their own opinion. But do not belittle or patronize those who use it. Each menstrual sanitary item has its own pros and cons. Use the ones that you want.

    ReplyDelete